Antara soalan famous yang biasa ditanya, macam mana nak kurangkan cukai? Boleh ke kurangkan cukai? Hari ni kita share sikit la sebab apa cukai boleh jadi tinggi
1. Dokumen tidak lengkap. yang ni memang ramai business owner yang berdegil tak nak ambil tahu.. bila sendiri buat income tax submission & kena pula tax audit dari pihak LHDNM..masa tu la mula kelam kabut, sebabnya..LHDNM akan minta semua dokumen yang berkaitan. Jadi, start dari sekarang, simpan semua resit perbelanjaan, lagi kemas susun setiap hari..kalau malas susun la seminggu sekali.
2. Tiada perancangan cukai. Perancangan cukai ni penting, business owner akan rasa selamat dari pihak LHDNM. Sebab apa selamat ye? Bila setiap tahun business owner/ individu dah ada tanggungjawab untuk declare cukai pendapatan, maknanya dah ada langkah sistematik dalam pengurusan cukai dari segi penjimatan cukai.. bukan lari dari cukai ye, faham?
3. Pendapatan cukai terlalu tinggi. Mesti la tinggi kalau dah hasil pendapatan pun tinggi. Logik kan? Tak apa kalau tinggi, sumbangan kepda negara, naik taraf ekonomi negara.
4. Tidak tahu tolakan cukai. Tolakan cukai ni dapat membantu pengurangan cukai pendapatan anda. Contoh tolakan cukai seperti KWSP, Insurans, Socso, Perbelanjaan perubatan, ibu-bapa dan lain-lain. Bagi yang masih tidak tahu boleh rujuk laman web LHDNM.
5. Tiada bantuan dari orang yang mahir cukai. Yang ni tersangat la penting, kebanyakan business owner pakai letak dan agak-agak je untuk pelepasan cukai, sebabnya..nak kurangkan cukai. Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, tersilap declare cukai tunggulah LHDNM datang cari”. Kalau silap langkah sakit juga tu nak tanggung risiko. Sebaiknya rujuk kepada yang lebih tahu dan pasti tentang cukai.
Nak lebih jimat cukai? Mesti la nak kan..kepada business owner yang masih belum declare cukai pendapatan tu dah boleh terus Whatsapp /contact kami di +6019-477 6788.
Comments