Penting untuk kita tahu prestasi perniagaan, lihat dan faham penyata kewangan perniagaan kita.
1. Hasil/ Jualan (Sales), sesebuah perniagaan yang bagus, usahawan semestinya perlu tahu hasil perniagaan mereka, dalam erti kata lain..setiap tahun wajib ada peningkatan!!
2. Perbelanjaan (Purchase/ Expenses), kawal perbelanjaan perniagaan anda, contohnya, printing cost, mesin fotostat; jika sesebuah perniagaan lebih menggunakan lebih untuk kos printing, anda boleh pilih sewaan berbanding beli sesebuah mesin.
3. Untung bersih, Bahasa mudahnya (Jualan – Perbelanjaan = Untung Bersih) untuk mendapatkan untuk bersih yang tinggi semestinya kita perlu lihat perkara 1 & 2 diatas, maknanya sesebuah perniagaan perlu rancang untuk profit. Jika jualan tinggi dan perbelanjaan rendah semestinya untung bersih akan menjadi tinggi dan ini menunjukkan kita BIJAK dalam menguruskan kos perbelanjaan perniagaan.
4. Semakin banyak aset perniagaan kita, maka besar potensi sesebuah perniagaan untuk berkembang. Selain itu, pelabur akan lebih yakin..sebabnya pelabur akan dapat pulangan yang terbaik!!
5. Part Liabiliti penting untuk direkod, dimana kita dapat tahu samaada pinjaman perniagaan, hutang dengan supplier & etc yang masih belum dijelaskan/ dibayar. liabiliti yang kurang dan menurun tahun demi tahun dapat menunjukkan sesebuah perniagaan sihat dan kita bijak dalam menguruskan kewangan kita.
6. Ekuiti dan modal yang telah disumbang/ dilaburkan untuk perniagaan, makin tinggi ekuiti kita, keuntungan juga akan menunjukkan semakin meningkat.
Mudah kan nak faham? Kalau masih tak faham dan pening-pening tu..boleh terus Whatsapp /contact kami di +6019-477 6788.
Comments