Seperti yang sedia maklum, semua individu yang menjalankan perniagaan adalah bertanggungjawab untuk menyimpan rekod perniagaan yang lengkap, betul, teratur dan secukupnya bagi membolehkan untung / rugi perniagaan ditentukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).
1. Siapakah individu yang dikehendaki menyimpan rekod?
Pemilik perniagaan tunggal
Setiap ahli kongsi perniagaan perkongsian
2. Kenapakah perlu menyimpan rekod?
Memudahkan penyediaan akaun perniagaan
Membantu dan memantau perkembangan perniagaan
Memudahkan anda mengisi Borang Cukai Pendapatan
Sebagai dokumen sokongan dalam urusan lain
Membantu semakan jika dilawati pasukan audit LHDNM
3. Apakah tindakan yang perlu untuk menyimpan rekod?
Mewujudkan satu set buku akaun
Mewujudkan rekod-rekod yang mencukupi untuk semua transaksi perniagaan
Mengemaskini rekod sepanjang tahun
Menyimpan rekod sepanjang tempoh masa yang diperlukan
4. Apakah dokumen sokongan yang perlu disimpan?
Resit/Invois jualan dan belian
Bil-bil tunai
Penyata bank
Baucer bayaran
Salinan slip bayaran masuk (Bank in Slip)
Pangkal cek (cheque butt)
Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan perniagaan
MAKLUMAN PENTING:
Semua transaksi perniagaan yang tiada dokumen juga perlu dicatatkan dan direkodkan - contoh: ambilan tunai / stok.
5. Berapa lama rekod perlu disimpan?
Semua rekod, dokumen dan buku akaun perlu disimpan sekurangkurangnya tujuh (7) tahun dari akhir tahun semasa borang nyata (Borang B) itu dikemukakan.
6. Bilakah anda dikehendaki melapor pendapatan?
Bagi mereka yang mempunyai pendapatan dari sumber selain pendapatan perniagaan pada tahun semasa perlu melaporkan sebelum atau pada 30 April tahun berikutnya.
Bagi mereka yang mempunyai pendapatan dari sumber perniagaan pada tahun semasa perlu melaporkan sebelum atau pada 30 Jun tahun berikutnya.
Dan jika individu tersebut mempunyai pendapatan dari kedua-dua sumber (pengajian dan perniagaan) dan tahun semasa, maka perlu melaporkan sebelum atau pada 30 Jun tahun berikutnya.
7. Apakah akibat, kesalahan, denda dan penalti yang dikenakan?
Individu atau perkongsian mungkin dikehendaki oleh Ketua Pengarah supaya akaunnya diaudit oleh akauntan bertauliah atas tanggungan individu atau perkongsian itu.
Pendapatan bercukai individu berkenaan boleh ditentukan mengikut pertimbangan Ketua Pengarah dan taksiran dibangkitkan sewajarnya.
Seseorang individu atau rakan kongsi yang menjalankan perniagaan boleh didakwa atas kegagalan menyimpan rekod. Jika disabitkan kesalahan (Rujuk jadual dibawah).
Kommentare