top of page
Search

PEMPENGARUH (INFLUENCER) PERLU MENGEMUKAKAN CUKAI PENDAPATAN?

Bagi menjawab persoalan kebanyakan Pempengaruh (influencer) yang masih belum jelas mengenai


Perlukah kami Pempengaruh (influencer) mengemukakan dan membayar cukai pendapatan


Jawapannya, Pempengaruh (influencer) perlu mengemukakan dan menjadi pembayar cukai walaupun tidak menerima bayaran secara berkala seperti individu yang menerima pendapatan tetap setiap bulan kerana pendapatan pempengaruh (influencer) ini adalah termasuk dalam ekonomi digital. Mengikut pasaran, marketing influencer di Malaysia terbahagi kepada Mikro dan Makro Influencer;


Mikro Influencer ialah mereka yang mempunyai lebih 10,000 pengikut di laman sosial dan dianggarkan memperolehi purata lima kerja mempromosi barangan dan perkhidmatan dalam sebulan.


Makro Influencer pula mempunyai lebih 100,000 pengikut dan menjadikan kerjaya itu sebagai kerjaya sepenuh masa dengan membantu jenama dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di media sosial.



Kategori Cukai Keatas Pempengaruh

Pempengaruh (influencer) juga boleh dikenakan cukai di bawah kategori pembayar cukai individu berpendapatan perniagaan kerana menerima keuntungan daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion termasuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa.


Borang Yang Perlu Dikemukakan

Pempengaruh (Influencer) perlu mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) menggunakan borang B melalui perkhidmatan e-Filing yang boleh diakses di portal MyTax bagi melaporkan pendapatan mereka


Garis Tempoh Yang Ditetapkan

Pempengaruh (Influencer) perlu menghantar borang berkenaan sebelum 30 Jun setiap tahun dan jika layak dikenakan cukai, mereka perlu membayar cukai sebelum 30 Jun pada tahun itu. Segala dokumen dan rekod perniagaan juga perlu disimpan selama tujuh tahun sama ada secara elektronik atau manual.


Dokumen Yang Diperlukan

Antara dokumen yang perlu disimpan termasuk;-


  • Perbelanjaan domestik dan persendirian;

  • Penyata bank;

  • Penyata pendapatan daripada syarikat pengiklanan;

  • Invois dan pengesahan transaksi jualan serta belian selain dokumen perjanjian antara influencer dan syarikat yang mengupah mereka bagi tujuan ulasan produk atau perkhidmatan.

 

Kegagalan menyimpan rekod percukaian akan mengakibatkan risiko tuntutan belanja atau pelepasan cukai tidak dibenarkan dan boleh didakwa dibawah peruntukan ACP 1967 Seksyen 119A dengan denda tidak melebihi RM10,000 serta penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya.

 

Kepada individu dan business owner yang mencari servis Perakaunan dan Percukaian boleh terus hubungi atau Whatsapp Adam Management Services ‘AMS Malaysia’ di +6019-4776788 untuk maklumat lebih lanjut. Rancang cukai anda dengan bijak!

19 views0 comments

Comments


bottom of page